www.masjidassobirin.com  
LIHAT SURAU-SURAU DI DALAM  QARIAH MASJID AS-SOBIRIN
Pautan Luar
Masjid As-Sobirin
Jalan AU5C/5, Lembah Keramat, Ulu Kelang 54200 Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-41074859

Selamat melayari laman web Masjid As Sobirin  
Maklumat Masjid
Arkib Masjid As-Sobirin
Gambar-gambar dari arkib simpanan Masjid As-Sobirin
Masjid As-Sobirin telah dirasmikan dalam satu majlis yang
amat meriah, pada hari Jumaat 7 Zulkaedah 1418
bersamaan 6 Mac 1998 oleh Pemangku Sultan, DYTM
Tengku Sharafuddin Idris Shah Ibnu Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah. (gambar kanan)


________ SEJARAH PEMBANGUNAN MASJID
________

Tapak seluas 16,000 kps di Jalan AU 5C/1 mulai diuji,
dibersihkan dan diratakan untuk didirikan surau. Saudara
Shamsuddin Muhammad seorang arkitek yang bermastautin
di sini, dengan sukarela merekabentuk untuk pembinaan surau serta menyelia
pembinaannya.

Cadangan pembesaran Surau As-Sobirin telah diganti dengan cadangan pembinaan
sebuah masjid baru. Saudara Shamsuddin Muhammad sekali lagi menawarkan untuk
merekabentuk dan menyelia pembinaan masjid yang dicadangkan. Satu jawatankuasa
pembinaan ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh Hj Hamzah Abdullah, Setiausaha Hj
Hasan Zainun dan dibantu oleh beberapa orang ahli jawatankuasa. Beberapa lawatan ke
masjid-masjid sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Melaka telah dibuat. Turut
dicadangkan agar saudara Shamsuddin memasukkan imbas-imbas Masjid Nabawi dan
Masjid Haram di dalam rekabentuk yang akan dihasilkannya.

Kerajaan Pusat memberi peruntukan RM200,000.00, Kerajaan Negeri Selangor
RM650,000.00 kemudian ditambah lagi RM150,000.00. Derma orang ramai dan dari
syarikat-syarikat ialah RM1,400,000.00. Tiga penderma terbesar ialah, syarikat: Sapura
Holding RM130,000.00, perseorangan: seorang hamba Allah RM200,000.00 dan Hj Abd
Rahman Mohamed RM200,000.00.

Tender telah dikeluarkan dan kontraktor Saka Aki Sdn Bhd. telah diberi tanggungjawab
membinanya. Saudara Shamsuddin dan syarikat arkiteknya menyelia pembinaan tersebut
dengan dibantu oleh syarikat-syarikat Tengku Sidek Associates, Juru Ukur Bahan Utama
dan RMZ Perunding. Pembinaan bermula pada bulan Disember 1994 dan siap pada
Disember 1995 dan mulai digunakan pada Januari 1996.
...Merentas Masa Mencipta Sejarah